1

1

Ilmu Ma'rifat Sembahyang ( bagi orang yang mengerti sahaja )

Ini satu ilmu untuk mendalami pekara Sembahyang kepada Allah bagi orang yang mengerti sahaja. Harus mengetahui dan belajar dasar ugama kerana tanpa pengetahuan ugama boleh memgelirukan kepada yang tidak tahu. Walau bagaimana pun HARUS bertanya kepada guru guru agama untuk keterangan lanjut.



Firman Allah didalam hadith qudsi;

'Assalatu laisa si wa-i wal mussalli 'anha ghaib'

Adalah sembahyang itu tidak lain dariku dan orang yang sembahyang itu hal ke adaan nya ghaib.

Sabda Nabi s.a.w pula-


Assalatu mi'rajul mukminin
' adalah sembahyang itu mi'raj bagi orang-orang yang beriman'

Yang demikian jika di perhatikan dengan teliti, maka adalah amalan sembahyang itu sebenar2 nya sebesar besar Rahmat Allah. Amalan yang tidak ada lagi tara bandingan nya. Amalan yang mengandungi beberapa rahsia yang tinggi tinggi. Amalan yang yang merupakan suatu kaedah atau cara memberi hormat yang mana merangkum segala cara penghormatan bagi sesuatu bangsa di dunia ini dan juga di langit. Amalan yang merupakan kunci atau kesudahan segala amal yang di perintah oleh agama. Dari kerana itu lah Nabi bersabda-


Assalatu 'ima dud din
'Sembahyang itu tiang Agama' 

Dengan amalan sembahyang itulah oleh hamba menghadap Tuhan nya, berkata kata, memuji, bersyukur, bermohon dan menelik kebesaran Tuhan nya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w-

U'kbud dabbaka ka annaka taruhu, fa in lam takun fa in nahu yaraka
Sembahlah Tuhan engkau seolah2 engkau melihat dia, maka jika tiada engkau melihat dia, dia melihat engkau.

Bagaimanakah kita akan dapat segala rahsia yang tersembunyi didalam amal sembahyang itu? Dapatkah kita merasakan rahsia dan nikmat, sah dan batal, makruh dan haram, dan segala bacaan2 pada rukun tiga belas itu?
Tidak, sebaliknya sembahyang kita itu tidak di akui Allah. Kita tidak akan dapat segala yang tersebut itu melainkan dengan ilmu Tahkeq bagi mencapai ma'rifat akan Allah dengan sebenar2 pengenalan dan sepenuh2 keyakinan.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w-


La tasikh khus sallah illa bima'rifatil ma'bud
Tiada sekali2 sah sembahyang melainkan dengan mengenal akan hakekat Tuhan yang di sembah.

No comments:

Post a Comment