Hikayat Nabi Muhammad Israk dan Mikraj
HIKAYAT NABI MUHAMMAD ISRAK DAN MIKRAJ
Sabda Rasullulah s.a.w ya Abbas barang siapa menyuruh dia atau membaca dia atau mendengar dia hikayat hamba tetekala mikraj ke langit daripada permulaan datang kepada kesudahan bahwa Allah SWT mengampuni segala dosa nya seperti pohon kayu yang lurus daun nya daripada ranting nya. Demikianlah Ini hikayat Rasullulah s.a.w bersabda kepada Abbas r.a dengan segala sahabat nya sekelian itu demikianlah lurus segala dosa nya mereka dari tubuh nya.
Sebermula firman Allah taala kepada Jibrail dan Mikail pergilah kamu kedua turun kedunia kepada kekasih ku iyani Muhammad katakan ku hendak bertemu dan aku hendak berkata kata dengan kekasih ku dan pergilah engkau kedalam syuga ambil oleh mahkota dan burak di dalam syuga yang baik rupanya seekor pililah oleh mu daripada burak yang banyak bawakan kekasih ku kedunia maka Jibrail dan Mikail pun pergilah ke dalam syurga. Setelah ia datang ke pintu syuga maka ia pun berseru seru kata nya Hai Malik Ridwan bukai kamu pintu syurga ini. Maka ujar Malik Ridwan siapa kamu di luar pintu itu Maka sahut Jibrail, hamba Jibrail dan Mikail setelah di dengar oleh Malik Ridwan maka segera di buka pintu oleh Malik Ridwan maka Jibrail dan Mikail pun masuk kedalam syurga maka di ambil mahkota dan pakaian sundusi waistabarak dan seekor burak yang baik dari segala burak yang lain maka di bawa nya keluar dari dalam syurga maka Jibrail dan Mikail pun turun ke dunia serta tujuh puloh ribu malaikat yang berserta nya setelah ia datang kepada nabi Muhammad SAW maka Jibrail dan Mikail pun memberi salam kepada Rasullullah sallalah alaihi wassalam maka di sambut nya Nabi Muhammad SAW salam Jibrail dan Mikail itu.
Sebermula di ceritakan oleh orang yang ampunya cerita ini demikianlah bunyi nya:
Adapun pada masa itu Rasullullah SAW lagi di rumah Ummu Hani anak Abu Talib lagi berbaring setelah di lihat Nabi Muhammad Jibrail dan Mikail itu maka Rasullullah pun segera bangun duduk. maka ujar Jibrail dan Mikail adapun hamba kedua datang membawa firman Allah taala menyuruh memangil tuan hamba naik ke langit kerana Allah taala hendak menunjukkan segala kekayaan nya yang indah indah yang tiada pernah tuan hamba lihat kerana tiada pernah nabi yang lain nya beroleh kemuliaan demikian ini hanyalah tuan hamba juga .
Maka ujar Jibrail dan Mikail ya Rasullullah SAW baiklah tuan hamba mengambil air sembahyang dan sembahyang dua rakaat salam. Setelah itu maka Rasullulah saw pun sembahyang setelah sudah maka ujar Jibrail dan Mikail ya Rasullulah saw tundukkan kepala tuan hamba maka hamba pun tundukkan kepala hamba maka di pakaikan oleh Jibrail mahkota di kepala hamba dan Mikail mengenakan pakaian sundusi waistabarak pada hamba. Setelah itu maka ujar Jibrail ya nabi Allah naiklah tuan hamba keatas burak ini. Maka hamba lihat burak itu seperti manusia mukanya dan tubuh nya seperti kuda bau ia harum seperti bau kasturi dan warna bulunya seperti kuma kuma dan mutia dan kaki nya daripada manikam yang merah yang amat bercahaya dan pelananya daripada sepuluh mutu. Maka Rasullulah bersabda kepada Jibrail hai tulanku binatang apa kah ini, maka ujar Jibrail dan Mikail ya nabi Allah inilah yang bernama burak kenderan tuan hamba maka Jibrail pun memegang kepak nya burak itu dari kanan dan Mikail memegang kepak burak itu dari kiri. Maka hamba pun hendak naik keatas burak itu maka burak itu pun tiada mau hamba naik nya serta mengeriak riak menguling guling akan diri nya maka Jibrail dan Mikail dan segala malaikat heran melihat kelakuan burak itu. Maka kata Jibrail dan Mikail hai burak tiadakah engkau kenal nabi Muhammad kekasih Allah azawataala mengapa maka engkau tiada mau di naikki Rasullullah saw kerana iyalah yang terlebih daripada segala nabi yang lain jangan menjad*ikan diri mu celaka Maka burak itu pun berkata seperti manusia dengan baik suara nya ya junjungan ku adapun hamba mengerik gerik itu bukan hamba tiada mau dinaiki oleh junjungan ku kerana hamba minta kepada junjungan ku pada hari kiamat jannganlah kenderan burak yang lain daripada hamba mu hendaklah junjungan ku berjanji sekarang ini dengan hamba mu. Setelah itu maka Rasullullah saw pun memandang kepada Jibrail dan Mikail maka ujar Jibrail ya nabi Allah berjanjilah tuan hamba dengan burak itu Maka hamba pun bersabda kepada burak itu demikianlah hai burak tiadalah aku mengendarai burak yang lain pada hari kiamat maka burak itu pun terlalu sukacita ia setelah itu maka ujar Jibrail dan Mikail ya Nabi Allah jika ada suara dari kanan jalan dana tau dari kiri jalan janganlah tuan hamba sahut. Maka hamba pun di terbangkan oleh burak itu.
Adapun tetekala hamba mikraj ke langit itu kepada dua puluh tujuh hari bulan Rejab yang di amalkan di dalam negeri Mekahtul Musarafah dan didalam negeri Madinahtul munawarah dewasa ini lah pada malam Isnin tetekala hamba dari rumah Umu Hani anak Abu Talib.
Setelah itu hamba pun lihat malaikat terlalu banyak maka hamba pun memberi salam kepada segala malaikat itu maka di sahuti salam hamba oleh segala malaikat itu maka hamba dengar tasbih malaikat itu demikian bunyi nya.

Erti nya Maha suci Allah Subahanallahu wataala daripada segala barang yang tiada layak bagi nya ialah yang menjalankan hamba nya dan kekasihnya iatu Nabi Muhammmad rasullullah s.a.w daripada Masjidil Haram sampai kepada Masjidil Aqsa dan Baitul Muqadis kami berkat pada sekelian nya daripada kesenagan dan kemurahan supaya kami melihat akan dia daripada alamat kudrat kami bahawasanya Allah taala amat mendengar segala yang maujud dan segala perkataan hamba nya sama ada zahir atau batin.
Setelah itu maka Jibrail dan Mikail pun tiada hamba lihat maka di kembangkan sayap nya kedua maka di terbangkan nya hamba seperti kilat yang maha tangkas Maka hamba pun hairan akan diri hamba seketika maka hamba dengar suara dari kanan jalan demikian kata nya “Hai Muhammad hendak kemana tuan hamba” maka tiada hamba sahuti dan hamba toleh pun tiada. Maka seketika lagi hamba dengar suara dari kiri demikian kata nya siapa serta tuan hamba itu maka tiadalah hamba sahuti dan hamba toleh Katanya Hi Muhammad nantikan tuan hamba hendak mengatakan warta yang baik pada tuan hamba itu. Maka tiadalah hamba sahuti dan hamba toleh pun tiada.
Maka setelah itu hamba pun sampai kepada Baitul Muqaddis tiba tiba hamba dan Jibrail dan Mikail dan malaikat pun datang serta membawa tabuk dua buah berisi piala di dalam nya suatupiala berisi susu dan suatu piala berisi haram maka di hantankan nya kepada hamba ujar Jibrail dan Mikail ambil lah munumlah tuan hamba salah satu dari dua piala ini. Maka hamba ambil suatu dari piala yang berisi susu itu hamba minum tiada habis hamba minum tinggal lagi sedikit. Maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Muhammad terlalu sekali bahagia nya tuan hamba, Piala yang berisi susu itu tuan hamba minum maka ujar hamba hi tulanku Jibrail dan Mikail tinggal sedikit susu itu hamba minum maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Muhammad jikalau habis tuan hamba minum nescaya segala umat tuan hamba masuk syurga semua nya Maja ujar hamba jika demikianlah biar hamba minum di habihkan maka ujar Jibrail dan MikailYa Muhammad tiada harus di ulangi lagi sebab itulah umat tuan hamba ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka seperti firman Allah taala di dalam quran.

Adapun piala yang berisi haram itu haramlah kepada umat tuan hamba. Setelah itu maka ujar Jibrail dan Mikail ya Muhammad adakah tuan hamba mendengar suara dari kanan dan dari kiri jalan adakah tuan hamba melihat seorang perempuan baik paras nya maka ujar hamba ada tetapi sekelian nya itu tiada hamba menoleh nya maka ujar Jibrail terlalu sekali bahagia nya tuan hamba terlebih daripada sidang nabi sekelian nya. Bermula jika ada suara yang di kanan jalan itu tuan hamba sahuti nescaya segala umat tuan hamba jadi Yahudi dan jika suara yang kiri jalan itu tuan hamba sahuti nescaya segala umant tuan hamba jadi Nasrani dan jika perempuan itu tuan hamba sahuti nescaya umat tuan hamba jadi Asi tiada berbuat ibadah kepada Allah taala kerana perempuan itu umpama dunia. Maka hamba pun mengucap syukur kepada Allah taala. Alhamdulillahi rabbil a’alamin
Setelah demikian hamba dan Jibrail dan Mikail dan segala Malaikat pun masuk ke Baitul Muqkaddis maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Rasullullah baiklah tuan hamba sembahyang dua raka’at serta sidang nabi sekelian. Maka hamba pun hendak melangkah ke atas batu hendak mengambil air sembahyang maka batu itu pun mengerik gerik serta mengerak kan diri nya tiada mau hamba jejak maka ujak hamba kepada batu itu “Hi batu apa sebab nya engkau tiada mau hamba jejak” maka berkata batu itu ‘Ya Muhammad seribu tujuh ratus tahun lama nya hamba terhantar di sini tiada pernah kaki manusia berjejak di atas hamba membasuh kaki nya bahawasanya hari ini tapak kaki junjungan ku berjejak di atas hamba’.
Setelah hamba mendengar kata batu itu maka hamba pun minta doa kepada Allah Subahanallah Wata’ala maka di perkenankan doa hamba maka kata hamba kepada batu itu hi batu tiadalah kaki manusia yang lain berjejak di atas mu maka batu itu pun terlalu sukacita mendengar kata hamba itu maka hamba pun mengambil air sembahyang maka hamba pun sembahyang di dalam Masjid Baitul Muqaddis serta hamba jadi imam sidang nabi nabi sekelian mengikut di belakang hamba sembahyang.
Hatta dengan takdir Allah ta’ala dengan berkat doa hamba maka batu itu pun naik ke udara antara bumi dengan langit di sanalah ia diam kira kira tengah tiga ratus tahun perjalanan demikianlah jauh nya.
Setelah sudah hamba sembahyang dengan sidang nabi nabi sekelian maka ujar Jibrail dan Mikail akan hamba, naiklah tuan hamba ke atas burqa itu maka burqa itu itu pun terbang seperti kilat yang maha tangkas. Maka hamba pun sampai kepada laut antara bumi dengan langit. Laut ini warna nya hijau maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail Hai tulan ku laut manakah ini maka kata Jibrail dan Mikail Ya Muhammad inilah antara dunia dan langit.
Maka hamba lalu dari sana maka hamba sampai kepada pintu langit yang pertama maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya hai Ismail bukai kami pintu langit ini maka ujar Ismail siapa kamu di luar pintu itu maka sahut Jibrail dan Mikail hamba Jibrail maka Ismail pun dengan segera membuka pintu langit itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk ke langit itu. Maka ujar Ismail hi Jibrail siapakah serta tuan hamba itu terlalu sekali elok rupa nya maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullah kekasih Allah azzawajala yang tersurat nama nya pada pintu langit ini. Maka Ismail pun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum ya Rasullullah Maka hamba pun menjawab salam Ismail maka ujar Ismail Ya Muhammad terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba tiada pernah nabi yang lain beroleh kurnia Allah ta’ala azzawajala demikian ini daripada nabi Adam Alaihissalam datang sekarang ini hanya lah tuan hamba juga maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku Jibrail apakah nama nya langit ini maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Muhammad inilah yang bernama Ra’afik tebal nya 500 ratus perjalanan Maka hamba dengar bunyi tasbih malaikat itu demikian bunyi nya

Maka hamba lihat malaikat banyak berdiri bersaf-saf tiada siapa yang tahu akan banyak nya hanya Allah ta’ala azzawajala seperti firman Allah ta’ala di dalam quran

Maka hamba dengar tasbih malaikat itu demikian bunyi nya:


Maka apabila datang nyawa segala kafir maka kata nabi Adam datanglah nyawa celaka maka di suruh bawa kepada tujuh petala bumi.
Maka hamba pun memberi salam kepada nabi Adam maka di jawabnya salam hamba serta kata nya terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba tiada pernah nabi yang lain beroleh kurnia Allah taala seperti tuan hamba ini Maka hamba dengar tasbih malaikat dan nabi Adam demikian bunyi nya

Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak di siksa bibir seperti unta , mulut nya di tuangi dengan tembaga yang hancur daripada api neraka. Ia mengerik gerik terlalu amat sangat maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail, Hi tulan ku apa dosanya orang ini maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang makan harta anak yatim di dalam dunia. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang perempuan di kail susunya maka di gantung sungsang maka di bawah nya api beryala nyala maka perempuan itu mengerik gerik terlalu amat sangat maka hamba bertanya kepada Jibrail hai tulan ku apakah dosa nya orang ini. Maka kata Jibrail ya Muhammad itulah perempuan yang menduakan suami nya dan berzina dan membuangkan anak di dalam perut nya tetekala di dunia. Maka hamba lalu dari sana bertemu orang banya di siksa mulut nya di suapi dengan kalong dari pada api neraka maka ia mengerik gerik yang amat sangat maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tilan ku apakah dosa nya orang ini maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang yang meningalkan isterinya yang halal maka ia pergi kepada yang haram.
Maka hamba pergi dari sana bertemu dengan orang banyak di rantai dan hancur segala daging nya bertimbun timbun maka ia rebah bangun tiada dapat berdiri betul. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak disiksa terlalu banyak di siksa ada yang duduk di atas dulang api, ada yang duduk di atas api dan ada yang di guling guling oleh api dan ada yang di bakar mulut nya dengan dengan api dan ada yang di masukkan kedalam api yang beryala nyala Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku apakah dosanya orang ini maka kata Jibrail ya Muhammad inilah orang yang tiada menurut firman Allah taala dan yang duduk di atas dulang api itu segala raja raja yang aniaya dan mengambil harta nak yatim dan membunuh orang orang. Adapun yang duduk di atas api itu dan di guling guling dengan api itu segala orang besar besar yang tiada adil dan kadi yang tiada adil dan yang di masukkan di dalam api yang bernyala nyala itu segala orang yang bernyayi nyayi dan berdangsi, rebah dan kecapi, danda, murai, serdam bangsi kupuk kupuk circap tiada ia ingat akan Allah taala dan yang di masukkan api kedalam mulutnya itu, itu lah orang yang dengki dan orang yang berbuat fitnah sesama nya manusia.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak di siksa bau nya terlalu amat busuk dan bibirnya yang di bawah berjuntai sampai kepada kaki nya dan penuh dengan nanah dan darah meleleh dan berulat maka di kena rantai dan belegu dan mulut nya itu di tuangi dangan tembaga yang hancur maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku apakah dosa nya orang itu. Maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang yang durhaka kepada Allah Taala di dalam dunia tiada menurut firman Allah taala dan tiada percayakan pesuruhnya ia itu Nabi Muhammad Rasullullah. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan padang maha luas maka penuh sesak orang di dalam padang itu semua nya di makan api hancur segala daging nya maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulanku apakah dosanya orang itu maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang yang durhaka kepada ibubapanya. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan dengan dua orang malaikat hitam muka nya lagi hebat rupanya dan suara nya seperti guruh dan mata nya seperti api beryala nyala maka hamba pun gementar meliat dia ada pun jika di palu nya cakmarnya itu pada bukit nescaya menjadi abu maka hamba dengar bunyi tasbih nya

Maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail Hi tulan ku siapakah nama malaikat itu maka kata Jibrail ya Muhammad inilah yang bernama Mungkar wa Nakir.
Ialah yang menayai segala manusia di dalam kubur nya maka kata Jibrail demikian kata nya

Ertinya Siapa Tuhanmu dan siapa Nabi mu dan siapa Imam mu dan apa agama mu dan di mana kiblat mu dan siapa saudara mu
jika tahu menjawabnya lepaslah daripada bahaya cakmar nya itu, maka kata Jibrail jawab

Ertinya bermula Allah taala itu tuhan ku dan Nabi Muhammad Nabi ku dan Islam Ugama ku dan Quran Iman ku dan Kaabahtullah kiblatku dan segala Islam saudaraku.
Jika demikian jawab nya itu lepaslah dripada bahaya cakmar nya itu. Maka hamba lalu dari sana bertemu seekor ayam jantan terlalu baik rupanya dan berbagai bagai rupa bulunya sebanyak bulu ayam di dalam dunia ini adalah pada ayam itu dan suara nya ayam itu berkokok terlalu amat merdu bunyi nya dan kepala ayam itu amat tinggi datang kepada Arasy Allah Taala dan warna nya hijau pada kepala nya, maka ayam itu mengucap tasbih demikian bunyi nya

Maka hamba berkata kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku ayam apakah ini terlalu sekali indah rupanya maka kata Jibrail ya Muhammad ayam itu lah yang membangun segala ayam di dalam dunia itu maka apabila ayam itu mengepakkan sayap nya maka segala ayam didalm dunia semua nya turut berkokok.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat terlalu hebat rupanya sebelah sayapnya berisi api dan sebelah sayap nya berisi air maka ia mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulanku apa nama nya malaikat ini maka kata Jibrail ya nabi Allah inilah malaikat yang mengadakan hujan dan kilat dan mengadakan guruh dan petir adapun apabila di gerakkan nya sayap yang di kiri menjadi hujan maka sebermula hujan itu pun di ketahui nya.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut maha luas, maka hamba bertanya kepada Kijbrail dan Mikail Hai tulan ku laut manakah ini maka kata Jibrail ya Nabi Allah ini lah laut antara langit yang ke dua. Langit ini daripada besi Kursani yang amat bercahaya dan tebal nya lima ratus tahun perjalanan.
Maka hamba lalu dari sana datang ke pintu langit yang kedua maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya hai Hkail bukai kami pintu langit ini maka kata nya siapa kamu itu maka kata Jibrail hamba Jibrail maka Hkail pun segera membukakan pintu langit itu, maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuklah maka kata Hkail siapa serta tuan hamba itu terlalu elok rupa nya maka sahut Jibrail tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullahyang kekasih Allah Azzawajalla yang tersurat nama nya pada pintu langit ini. Maka Hkail pun heran serta ia nemberi salam Assalamualaikum ya Rasullullah maka hamba pun menjawab salam Hkail itu maka kata Hkail terlalu sekali kurnia Allah akan tuan hamba daripada masa nabi Adam Alaihissalam dating sekarang ini hanyalah tuan hamba juga. Maka Hkail pun mendakap hamba serta ia mencium hamba maka Hkail pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat isi kedua lapis langit, maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku berapa banyak nya malaikat ini maka kata Jibrail ya Muhammad tiada siapa yang tahu akan banyak nya hanyalah Allah taala jua yang tahu. Maka hamba lihat malaikat itu semua nya rukuk mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat maha besar berbuat ibadah kepada Allah taala kerja nya pergi dating dari syariq dating ke Magrib dan dari Paqina datang Paqina.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Allah Musa Kalamullah taala maka hamba memberi salam kepada Nabi Musa maka di sahuti salam hamba serta ia memeluk mencium hamba maka ia mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat tujuh puluh banyak nya kepala. Pada suatu kepala tujuh puluh muka nya dan pada suatu muka tujuh puluh mulut nya Dan pada suatu mulut tujuh puluh lidah nya dan pada suatu lidah tujuh puluh bagi puji pujian akan Allah taala maka ia mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku siapa nama nya malaikat ini maka kata Jibrail ya Nabi Allah inilah malaikat yang bernama Hkabil yang membagi segala rezeki hamba Allah pada tiap tiap hari. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut air nya amat putih banyak malaikat berdiri disisi nya tiada siapa yang tahu akan banyak nya maka hamba lalu dari sana datang kepada pintu langit yang ketiga.
Bermula langit ini dari pada tembaga yang amat bercahaya cahaya maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya hai Q’ail bukai pintu langit ini maka kata Q’ail siapa kamu di luar pintu itu maka sahut Jibrail hamba Jibrailmaka Q’ail pun segera membuka pintu itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk maka kata Q’ail siapa serta tuan hamba itu terlalu sekali elok rupa nya maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullah yang kekasih Allah Azzawajala yang tersurat nama nya pada pintu langit ini. Maka Q’ail pun heran serta ia memberi salam Assalammualaikum Ya Rasullullah maka hamba pun menjawab salam Q’ail itu maka kata Q’ail terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba dari pada masa Nabi Adam Alaihis salam hanyalah tuan hamba juga maka Q’ail; pun mendakap hamba serta mencium hamba maka Q’ail pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Adapun Q’ail itu serta nya dua puluh ribu malaikat banyak nya maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Yusuf Alaihissalam maka hamba pun memberi salam Assalamualaikum ya Nabi Allah maka di sahuti salam hamba maka ia pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat isi ketiga lapis langit banyak nya delapan puluh ribu saf sekelian nya mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Daud Alaihissalam dan anak nya Nabi Sulaiman Alihissalam maka hamba memberi salam kepada sidang nabi kedua nya itu maka kata sidang nabi kedua itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba terlebih daripada sidang nabi sekelian nya maka sidang nabi keduanya pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Dan nabi Sulaiman mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di atas kursi tujuh puluh ribu banyak nya kepala nya dan banyak sayap nya pun tujuh puluh ribu juga dan banyak malaikat berdiri di keliling nya kerja nya itu mensiksa segala orang yang durhaka kepada Allah taala maka hamba dengar bunyi tasbih nya demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut maha luas airnya bercampur api bernyala nyala di dalam laut itu segala kaum nabi Allah Nuh Alaihissalam di siksa Allah taala syahdan nama laut itu Bahruttaqim. Maka hamba lalu dari sana dating pada pintu langit ke empat lapis. Langit itu dari pada perak yang amat putih bercahaya cahaya, tebal nya lima ratus tahun perjalanan jauh nya dan langit ini nama naya Maun.
Maka Jibrail dan Mikail berseru seru katanya hai Palil bukai kami pintu langit ini maka kata Palil siapa kamu itu maka kata Jibrail hamba Jibrail maka Palil pun segera membuka pintu itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk. Maka kata Palil siapa serta tuan hamba itu terlalu sekali elok rupa nya Maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi Muhammad yang kekasih Allah Azzawajala yang tersurat nama nya pada pintu langit ini.
bersambung...
No comments:
Post a Comment