1

1

Kejadian Malaikat

Dari Kitab Kasiful Gaibiah



Bab ke 3- kejadian Malaikat
Bermula bab yang ke tiga pada menyata segala malaikat dan kejadian Malaikat Maut. 

( Ketahui oleh mu ) bahawasanya Allah taala menjadikan ia akan segala malaikat yang mulia yang empat ia itu Israfil alaihis salam dan Mikail alaihis salam, dan Jibrail alaihis salam dan Izrail alaihis salam. Dan di jadikan di dalam tangan mereka itu akan segala perkerjaan mahluk dan memerintahkan segala alam dan di jadikan Jibrail alaihis salam itu ___________ iya ni yang mempunyai menurunkan wahi kepada segala rasul. Dan Mikail alaihis salam itu menurunkan hujan dan segala rezeki dan Izrail alaihis salam itu mengambil nyawa daripada segala yang mempunyai roh dan Israfil alaihis salam _______ iya ni meniupkan sangka kala telah berkata Ibni Abas radiallah anhu  bahwa Israfil alaihis salam meminta  ia akan Allah taala bahwa memberi ia  akan dia akan kuat seperti kuat tujuh petala langit maka memberi Allah akan dia dan meminta ia akan kuat tujuh petala bumi maka memberi ia kan dia dan akan kuat segala angin maka memberi ia akan dia dan akan kuat segala bukit maka memberi ia akan dia dan akan kuat jin dan manusia maka memberi ia kepada dia dan akan kuat segala binatang yang buas maka memberi ia kan dia daripada  bawah dua tapak kaki nya hingga sampai  kepada kepala nya itu beberapa bulunya dan segala mulut nya dan lidah nya yang menutupi dengan ajaib mengucap tasbih akan Allah taala dengan tiap2 lidah itu dengan seribu ____ dan di jadikan Allah taala daripada seribu ribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah taala hingga hari kiamat bermula mereka itu malaikat Mukarabin di sisi Allah taala dan malaikat menangung Aras dan malaikat Kiraman Katibin bermula mereka itu atas rupa Israfil alaihis salam menilik oleh Israfil pada tiap2 hari dan malam tiga kali kepada neraka jahanam dan tasrak ia maka menangis ia dan hancur ia jadilah ia seperti buah  _____ dan berteriak  ia akan sebagai teriak yang sangat dan jikalau tiada bahawasanya Allah taala itu menegah ia akan air mata berteriak nya itu nescaya memenuh ia kan segala bumi dengan dengan air mata nya maka jadilah ia seperti taufan Nabi Nuh alaihis salam (dan setengah) dari kebesaran ia bahawasanya jikalau di tuangkan akan segal air laut dan segala air sungai atas kepala nya itu nescaya tiada gugur daripada nya satu titik atas bumi.
( Pasal ) Dan ada pun Mikail alaihis salam maka menjadi kan akan dia oleh Allah taala kemudian daripada Israfil alaihis salam dengan lima ratus tahun dan daripada kepala nya hingga sampai kepada dua kakinya itu beberapa bulu dari kamkamal dan sayap nya dari pada zaburjad yang hijau dan atas tiap2 bulunya itu seribu ribu mukanya dan tiap2 mukanya seribu ribu mata dan menagis ia  dengan tiap2 mata itu kerana kasihani bagi segala hamba yang berdosa daripada segala orang yang mukminin dan pada tiap2 mukanya itu seribu2 mulut dan pada tiap mulut itu seribu2 lidah dan pada tiap2 satu lidah itu berkata2 ia dengan seribu2 _____ dan pada tiap2 lidah itu  mengucap ISTIFAR ia akan Allah taala bagi segala orang yang mukminin dan orang yang berdosa dan _____ daripada tiap2 mata itu  tujuh puluh ribu titik maka menjadi Allah taala dari tiap2 satu titik itu seorang malaikat atas rupa Mikail alaihis salam mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah taala hingga sampai kepada hari kiamat dan segala nama mereka Karibun (______ ) Bermula mereka itu tentera bagi Mikail alaihis salam di wakil akan mereka itu atas menurun hujan dan menumbuhkan tunbuh2an dan segala rezeki dan segala buah kayu maka tiada daripada suatu di dalam laut dan segala buah kayu di atas pohon dan segala tumbuh tumbuhan atas bumi melainkan ada dan atas nya seorang malaikat yang di wakilkan dengan dia.
( Pasal ) Dan adapun Jibrail alaihis salam maka telah menjadi akan dia oleh Allah taala kemudian daripada Mikail alaihis salam denga lima ratus tahun dan baginya seribu dan enam ratus sayap dan daripada kepala nya hingga sampai kepada dua kakinya itu bulu dai kamkamal dan mutiara itu antara dua mata nya dan atas tiap2 bulu nya itu seumpama bulah penuh purnama dan seumpama bintang dan pada tiap2 hari masuk ia di dalam air laut Nur tiga ratus dan tujuh puluh kali maka apabila keluar ia nescaya gugur daripada tiap2 sayap itu seribu2 titik maka menjadi kan Allah taala daripada tiap2 titik itu akan seorang malaikat atas rupa Jibrail alaihis salam mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah hingga sampai kepada hari kiamat bermula mereka itu malaikat Rohaniyun (_______ ) nama nya.
( Pasal ) Bemula rupa malaikat maut seumpama rupa malaikat Israfil alaihis salam dengan segala muka nya dn segala lidah nya dan segala sayapnya dan besar nya dan kuat nya dengan tiada lebih dan kurang dan tersebut di dalam kabar dari pada Nabi salallah alaihi wasalam  tetekala menjadikan Allah taala akan malaikat maut di dinding daripada segala mahluk dengan seribu2 hajab ( ___ ).
( Bermula ) kebesaran nya itu terlebih besar daripada langit langit dan bumi dan jikalau di tuangkan air sekelian laut dan sekelian sungai atas kepala nya nescaya tiada gugur daripada nya suatu titik juapun atas bumi dan bahwa sekelian Masrik dunia dan Maghrib nya antara hadapan nya seperti satu hidangan sungguh nya di hantarkan antara hadapan laki2 supaya hendak memakan ia akan dia maka memakan ia daripada nya akan barang yang di kehendaki nya maka seperti demikianlah malaikat maut membalik2 akan dunia seperti membalik2 oleh anak dalam antara hadapan nya darham dan sungguhnya di ikat akan dia dengan tujuh puluh ribu rantai, pada tiap2 satu rantai itu panjang nya perjalanan seribu tahun dan tiada hampir akan dia oleh segala malaikat dan tiada mengetahui oleh  mereka itu akan tempat nya dan tiada mendengar oleh mereka mereka itu akan suaranya  dan tiada mendapat oleh mereka itu akan hal nya dan tiada mengetahui kepada barang mana _ms12 ___ ada ia maka tetekala menjadi oleh Allah taala akan Maut itu dan di keras oleh Allah taala atas nya akan malaikat maut nescaya berkatalah malaikat maut itu ‘Ya rab dan apa kah maut itu’ maka menyuruh Allah taala akan Hajab (___ ) itu bahwa terbuka ia hingga melihat akan dia oleh malaikat maut maka firman Allah taala bagi segala malaikat ‘berdiri kamu dan telek oleh kamu akan Maut ini’ maka berdirilah  segala malaikat itu sekelian nya dan firman Allah taala maka Maut itu ‘terbang oleh mu atas mereka itu dan bukakan oleh mu akan segala sayap sekelian nya dan bukakan oleh mu akan segala mata engkau sekelian nya’ maka tetekala terbanglah ia nescaya menelik kepada nya oleh segala malaikat maka lalu rebah oleh mereka pada hal pengsan atas mereka itu seribu tahun maka tetekala sembuh mereka itu berkata mereka itu ‘Hai Tuhan kami adakah engkau jadikan terlebih besar daripada mahluk ini’ Firman Allah taala ‘aku jadikan dia dan engkau terlebih besar daripada nya dan lagi merasai oleh tiap2 mahluk daripada nya’ kemudian firman Allah taala ‘Ya Izrail, ambil oleh mu akan dia maka sungguh nya aku keras akan di kau atas nya’ maka berkata ia ‘Hai Tuhan kami dengan apa suatu kuat yang aku ambil akan dia maka bahwasanya ia terlebih besar daripada aku’ Maka memberi akan dia oleh Allah taala akan kuat kemudian mengambil ia akan dia maka tetap ia di dalam tangan nya maka berkata Maut Ya Tuhan ku izinkan oleh mu bagi ku hingga aku menyeru di dalam tujuh petala langit itu satu kali seru maka memberi izin Allah taala bagi nya maka lalu menyeru ia dengan terlebih kuat suaranya ‘akulah Maut yang menceraikan antara tiap2 kekasih dan akulah Maut yang menceraikan ia antara tiap2 kekasih dan akulah Maut yang menceraikan antara laki dan isteri dan akulah Maut yang menceraikan antara anak perempuan dengan ibunya dan akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak Adam dan akulah maut yang membinasakan segala rumah dan segala kampung dan akulah Maut yang meramaikan segala kubur dan akulah Maut yang aku tuntut akan kamu dan aku dapatkan kamu dan jikalau adalah kamu itu di dalam keranda besi yang amat teguh sekalipun dan tiada kekal segala mahluk itu melainkan merasai akan daku’.
( Maka apabila ) datang oleh maut akan seorang maka berdirilah antara hadapan nya atas rupa yang sangat hebat kemudian berkata oleh seorang itu siapa engkau dana pa kehendak mu maka sahut maut itu aku lah maut yang mengeluarkan dikau daripada dunia ini dan akulah yang menjadikan anak mu yatim dan menjadikan isteri mu bujang dan menjadikan harta mu di pakai oleh waris mu yang tiada engkau kasih akan dia pada ketika hidup mu dan bahawasanya engkau tiada mendahulu engkau akan kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat engkau, pada hari inilah datang aku kepada engkau supaya aku hendak menanggal akan roh engkau. Maka tetekala mendengar ia akan kata maut itu maka memaling ia akan muka nya ke kiri maka di lihat nya jua akan maut itu ada berdiri di hadapan nya maka memaling ia pula akan muka nya ke kanan maka di lihatnya ada jua akan maut itu berdiri di hadapan nya. ( bermula ) tempat kediaman maut itu pada langit yang ke tujuh dan pada satu riwayat pada langit yang ke empat di jadikan Allah taala akan dia daripada Nur dan ada baginya tujuh puluh ribu kaki nya dan empat ribu sayap dan penuh pada segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada seorang juapun daripada segala mahluk daripada manusia dan jin dan agas dan barang yang bernyawa melainkan ada pada tubuh maut itu sebanyak banyak bilangan muka dan tangan segala mahluk Allah taala yang bernyawa maka mengambil ia akan segala yang bernyawa itu dengan tangan nya dan menelek ia dengan muka nya yang berbetulan orang yang hendak mati itu demikianlah peri mengambil nyawa segala mahluk pada tiap2 tempat dan apabila matilah seorang manusia yang di dalam dunia ini maka hilanglah suatu rupa tubuh maut itu dan pada satu riwayat bahwa adalah bagi maut itu empat muka nya suatu muka di hadapan nya kedua pada kepalanya ketiga pada belakang nya keempat pada tapak kaki nya ( adapun) tetekala mengambil ia akan nyawa segala Anbia dan segala malaikat dengan muka nya yang di kepalanya dan mengambil nyawa segala orang yang mukmin dengan mukanya yang di hadapannya dan mengambil nyawa segala kafir dengan muka yang di belakang nya dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada kedua tapak kaki nya. Bermula salah suatu daripada dua kaki nya itu berpijak ia di tepi syurga dan yang satu lagi itu berpijak ia di tepi neraka ( dan bahwasanya ) segala kafir dan segala munafik dan segala yang celaka itu apabila hadir akan mereka itu oleh mati nescaya turunlah ia atas mereka itu dan daripada pihak kirinya malaikat azab yang hitam muka nya lagi biru dua matanya dan serta mereka itu pakaian daripada azab maka duduklah mereka itu pada hal jauh daripada mayat itu hingga datang malaikat maut antara hadapan mayat itu padahal berdiri Maka berkata malaikat maut itu ‘adakah kamu tiada kenal akan daku, akulah malaikat maut yang mengambil ia akan roh dua ibu bapa engkau dan engkau menelek kepada kedua nya. Pada hari ini aku mengambil akan nyawa engkau hingga menelek segala anak2 engkau dan segala kerabat engkau dan segala tulan engkau hingga berteriak mereka itu dengan mengangkatkan suara nya daripada engkau dan akulah malaikat maut yang sungguh nya telah mengenal oleh aku pada segala perawan yang telah lalu orang yang ia terlebih banyak kuat daripada mu dan terlebih banyak harta daripada harta mu dan terlebih banyak anak daripada anak mu. Kemudian berkata baginya oleh malaikat maut betapa engkau lihat akan dunia maka jawab ia aku lihat akan dia tipu daya  dan semua ________ kemudian menjadi oleh Allah taala akan dunia atas suatu rupa maka lalu berkata dunia itu “ Hai orang yang derhaka adakah tiada engkau malu berdosa engkau didalam dunia dan tiada menegah engkau akan diri engkau daripada segala maksiat bahwasanya menutut engkau akan daku dan tiada aku menutut akan dikau dan tiada engkau bezakan antara halal dan haram menyangka oleh engkau bahwasanya engkau itu tiada meninggalkan engkau akan dunia Maka bahwa aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau dan melihat ia akan harta nya itu sungguh nya telah jatuh di dalam milik orang lain nya Maka berkata harta itu ‘Hai orang derhaka telah berusaha engkau akan daku dengan tiada sebenar dan tiada engkau nasrak akan daku dengan tiada sebenar dan tiada sedekah dengan daku atas segala fakir dan segala miskin. Pada hari ini sungguhnya telah jatuh aku di dalam milik orang lain daripada engkau. Firman Allah taala _____________________________________ ertinya pada hari yang tiada memberi munafaat oleh harta dan tiada memberi munafaat segala anak2 melaikan orang yang datang ia akan Allah taala dengan hati yang sejahtera. ( Maka ) berkata ia ‘hai Tuhan ku kembali oleh mu akan daku kepada dunia nescaya aku beramal akan segala amal yang soleh pada barang yang aku tinggal akan dia Maka firman Allah taala”_________________________________” ertinya apabila datang lah ajal mereka itu nescaya tiada takhir mereka itu satu saat dan tia takdim mereka itu. Kemudian mengambil ia akan roh nya jika ada ia orang yang mukmin atas bahagianya dan ada ia orang kafir atau munafik atas celaka Firman Allah taala (_________________________) ertinya sebenar nya bahwa suratan orang yang kafir itu di dalam neraka yang terbawah ( dan pada satu riwayat ) malaikat al maut itu tiada mengambil nyawa seorang jua pun melainkan nyawa segala Nabi Allah dan segala Rasul dan ada baginya beberapa malaikat yang terserah kepada nya mengambil nyawa segala binatang yang buas dan mengambil nyawa segala binatang yang jinak. Maka tetekala Allah taala mematikan segala manusia dan lain nya maka hilanglah segala mata yang pada tubuh Maut itu sekelian nya Maka lagi hidup delapan orang malaikat kerana tiada muka mereka itu dan tangan mereka itu pada tubuh maut itu ( pertama ) Israfil ( kedua )Mikail ( ketiga ) Izrail ( keempat ) Jibrail dan empat orang lagi daripada malaikat yang menaggung Aras kemudian daripada itu maka sembah malaikat maut kepada hadrat Allah taala demikian bunyi nya ‘ Hai Tuhan ku aku ambil akan segala nyawa hamba mu itu kelakuan yang mana’ maka firman Allah taala maha suci aku hai malaikat maut bahwa aku tiada mengetahui akan yang aib itu yang tiada seorang jua pun daripada hamba ku maka adalah malaikat yang merintahkan nafas dan malaikat yang memerintahkan segala rezeki dan segala Amal datang ia kepada muka mereka itu memberi tahu akan dikau, kata mereka itu telah habis lah umur sifulan habislah rezeki nya dan tiada lah ada lagi segala amal nya dan jika ada ia orang yang celaka di surat mereka itu oleh malaikat nama nya dengan surat yang hitam maka di bawa nya kepada malaikat maut dan jika ada ia orang yang berbahgia maka ada lah surat nama nya dengan cahaya dan keliling nya pun bercahaya kemudian daripada itu  daun kayu yang di bawah Aras pun gugur lah di hadapan malaikat maut tersurat di dalam nya nama orang yang hendak mati itu maka pada ketika itu di ambil oleh malaikat maut lah nyawa nya.
( Cerita ) daripada _________ katanya  bahwasanya sungguh nya adalah Allah taala telah menjadikan sepohon kayu di bawah Aras yang bernama Sijaratul muntahi, adalah kayu itu beberapa daun dengan bilangan mahluk apabila ada lagi tinggal umur sesaorang hamba Allah itu empat puluh hari lagi maka gugurlah daun kayu itu ke atas riba malaikat maut maka di lihat nya akan yang tersurat di dalam daun kayu itu di suruh nya malaikat mengambil nyawa orang yang hendak mati itu. Maka dinamakan oleh isi langit akan dia orang mati dan adalah ia hidup empat puluh hari lagi di bumi (kata) setengah ulama apabila hampirlah akan mati seorang hambaAllah maka di titahkan Allah taala akan malaikat menyurat akan namanya dan tempat kematian nya maka di bawa malaikatlah surat itu kepada malaikat maut maka di ambil oleh malaikat maut nyawa nya (kata)________________  apabila hampir lah akan mati sesaorang hamba Allah maka gugur di bawah Aras Allah taala salah satu daripada dua titik nama orang yang hendak matiitu. Jika titik itu hijau orang itu celaka dan jika ada titik putih tanda orang itu bahgia. Ada pun tempat tempat kematian sesaorang itu telah tertentu oleh tempat nya ( Sahdan ) adalah di jadikan Allah taala akan malaikat yang bernama ___________ itu ialah yang memerintahkan tiap2 segala kanak2 yang lagi akan di peranakkan oleh ibunya maka apabila beranaklah seorang manusia maka di campurkan malaikat tanah tempat kematian nya itu _______ itu maka barang kemana ia pergi tiada ia mati hingga sampailah kepada tempat itu maka ia mati seperti firman Allah taala
………………………………………….
Ertinya kata oleh mu ya Muhammad jikalau ada kamu di dalam rumah kamu itu nescaya keluarlah kamu kepada tempat kubur yang di suratkan Allah taala akan tempat kematian kamu. ( Seperti hikayat ) adalah pada zaman dahulu Malaikat maut mezahirkan dirinya kepada segala manusia dating ia kepada Nabi Sulaiman maka di tilek ia akan seorang laki2 yang muda yang ada di sisi Nabi Allah Sulaiman itu maka laki2 yang muda itu pun gementarlah kerana takut ia daripada nya maka tetekala gaib malaikat maut itu daripada nabi Allah Sulaiman maka laki2 yang muda itu pun datang sembah kepada nabi Allah Sulaiman demikian bunyi nya Ya nabi Allah bahwa hamba hendak pergi ke benua Cina  maka hendaklah tuan titahkan angina menghantarkan hamba. Maka Nabi Allah Sulaiman pun mengerahkan angin menghantar akan dia ke benua Cina setelah itu maka malaikat maut pun dating pula kepada Nabi Sulaiman maka kata Nabi Sulaiman akan dia “Hai Malikat maut apalah engkau telek kepada orang muda itu ( maka ) sahut malaikat maut Ya Nabi Allah bahwa hamba di titahkan Allah taala mengambil nyawa orang yang muda itu pada hari ini di benua Cina maka hamba lihat akan dia ada di sisi tuan hamba maka jadi heranlah hamba daripada perkerjaan nya yang demikian itu maka di kabar Nabi Sulaiman akan kesah orang muda itu minta hantarkan dirinya dengan angina ke benua Cina maka kata malaikat maut ya nabi Allah bahea sungguh nya pada hari ini hamba mengambil nyawa nya di benua Cina. (kata) setengajh ulama adalah pada malaikat maut beberapa rakyatnya, mereka itulah yang mengambil nyawa segala manusia (kata) setengah ulama bahwa sungguhnya Allah taala jua yang mengambil nyawa sekelian mahluk ada pun mati itu di sandarkan kepada malaikat maut akan sebab jua seperti di sandarkan bunuh itu kepada yang membunuh dan di sandarkan mati itu kepada sakit seperti firman Allah taala ( ____________________________________ ) ertinya Allah taala jua yang mematikan segala nyawa pada ketika mati nya (Hikayat) bahwa ada seorang laki2 semasa ia membaca doa ( ___________________________ ) ertinya hai Tuhan ku ____ oleh mu akan daku dan akan malaikat yang mengawal matahari maka malaikat yang mengawaili itu pun minta izin ke hadarat Allah taala hendak turun mengunjung laki2 itu maka di anugerahkan Allah taala izin ia pergi mengunjung pada laki2 itu maka tetekala datang lah ia kepada nya maka kata malaikat itu akan dia ‘ Hai hamba Allah apalah hajat mu maka sahut laki2 itu bahwa hajatku kepada mu itu bahwa engkau bawa akan daku kepada tempat kediaman dan aku berkehendak tanya kepada malaikat maut manakala masa ajal ku mati (kata) yang ampunya cerita maka di  bawanya oleh malaikat itu akan dia dan duduknya ia di sisi matahari kemudian daripada itu ia pun pergilah kepada malaikat maut maka di cerita nya akan dia bahwa ada seorang laki2 sentiasa ia meminta doa ia akan daku pada tiap2 sudah sembahyang maka di suruh nya hamba bertanya kepada tuan hamba ____ ajal nya ia mati supaya ia bersedia bagi kematian nya (kemudian) maka malaikat maut pun menelek kepada Luh Mahfud serta katanya akan malaikat yang bertanya itu inilah perintah tuhan bahwa sungguh nya tiada ia mati melainkan hingga duduk ia pada tempat kedudukkan mudi sisi matahari maka ia mati sekarang maka sekarang telah matilah ia yang menyurh kepada kamu itu tetap tiada mengetahui ia akan hal nya (adapun) segala binatang itu adalah tersebut pada riwayat hadis bahwa ajal sekelian binatang itu pada zikir maka apabila di titahkan segala binatang zikir Allah maka hidup ia dan jika lupa ia akan zikir Allah maka mati ia dan tiada adalah malaikat maut mengambil nyawa akan sekelian mereka itu.











No comments:

Post a Comment