HIKAYAT NABI MUHAMMAD ISRAK DAN MIKRAJ
Maka Palil pun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum
ya Rasullullah maka hamba pun menjawab salam Palil itu. Maka kata Palil terlalu
sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba daripada masa Nabi Adam alaihissalam
datang sekarang ini hanya lah tuan hamba juga. Maka Palil pun mendakap hamba
serta mencium hamba maka Palil pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Tasbih no.23
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di
atas kursi, muka nya empat maka banyak malaikat serta nya tiada hamba tahu akan
banyak nya.Malaikat itu sentiasa memandang kepada Luh MahFuz tiada ia memandang
lain, jika blom datang firman Allah taala kepada nya Maka hamba bertanya kepada
Jibrail dan Mikail hai tulanku siapa nama nya malaikat itu, maka kata Jibrail
Ya Nabi Allah inilah yang bernama Malaikat Maut, maka hamba pun memberi salam
kepada nya maka tiada di sahuti salam hamba maka firman Allah taala bertapakah
besar hati mu itumaka tiada engkau menyahuti salam kekasih ku itu. Setelah di
dengar Izrail firman Allah taala maka segera ia menyahuti salam hamba dan
mendakap hamba serta mencium hamba. Maka hamba pun bertanya kepada malaikat
maut itu. Segala anak Adam itu tuan hambakah mengambil nya, maka kata malaikat
maut itu ada serta hamba malaikat tujuh puluh ribu penghulunya malaikat itu di
bawah hamba. Maka pada seorang penghulu malaikat itu tujuh puluh ribu pula , ia
lah yang mengambil nyawa segala anak Adam
itu kerana tiada pernah hamba bergerak daripada tempat ini. Hanya lah
kerja hamba memandang kepada Luz MahFuz juga, melihat surat segala anak Adam
yang ada kepada Luh Mahfuz itu. Apabila hamba lihat surat di dalam Luh Mahfuz
hapus maka hamba suruh ambil nyawa anak Adam itu pada seorang malaikat yang di
bawah hamba itu.
Sebermula ada satu pohon kayu bernama SITJRATUL MUNTAHA nama
nya, jikalau jadi seorang anak Adam di dalam dunia maka di tambahi Allah taala
sehelai daun kayu itu. Adapun apabila luruh daun kayu itu sehelai, maka nescaya
matilah seorang anak Adam di dalam dunia.
Syahdan jikalau lagi empat puluh hari anak Adam itu akan
mati, maka luruh lah daun kayu itu setelah genap empat puluh hari hari maka
matilah anak Adam di dalam dunia dan surat surat kepada Luh Mahfuz itu pun
hapuslah. Maka hamba pun bertanya pula kepada Malaikat Maut itu, Muka tuan
hamba yang di hadapan itu apakah guna nya. Maka kata Malaikat Maut ya Muhammad
adapun muka hamba yang di hadapan ini akan mengambil nyawa Auliah Allah taala
dan nyawa segala mukmin yang soleh, Dan muka hamba yang di kiri itu akan
mengambil nyawa segala yang pasik dan nyawa segala yang kafir dan muka hamba
yang di bawah itu akan mengambil nyawa segala yang durhaka ada pun tetekala
hamba menyuruh mengambil nyawa segala anak Adam itu di hila daripada badan nya
maka malaikat maut pun mengucap tasbih demikian bunyi nya:
tasbih no. 24
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut, airnya
putih maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail, maka kata Jibrail ya nabi
Allah inilah laut ZAMHIRI nama nya air nya terlalu amat sejuk disanalah tempat
segala orang yang puru dan tempat segala yang kurab.
Maka hamba lalu dari sana datang ke pintu langit yang
kelima lapis ia itu daripada emas yang amat bercahaya cahaya tebal nya lima
ratus tahun perjalanan jauh nya dan langit itu bernama LATHIP. Maka Jibrail dan
Mikail pun berseru seru kata nya hai malaikat bukai kami pintu langit ini maka
malaikat itu pun segera membuka pintu itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun
masuk. Maka kata malaikat itu siapa serta tuan hamba itu terlalu sekali elok
rupanya. Maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal, inilah yang bernama Nabi
Muhammad Rasullullah yang kekasih Allah Azzawajalla yang tersurat nama nya pada
pintu langit ini. Maka malaikat itu pun heran serta ia memberi salam
Assalamualaikum ya Rasullullah, maka hamba menjawab salam malaikat itu.Maka kata
malaikat itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba daripada masa
nabi Adam alaihissalam datang sekarang ini hanyalah tuan hamba juga, maka
malaikat itupun mendakap hamba serta mencium hamba, Maka malaikat itu pun
mengucap tasbih demikian bunyi nya:
tasbih no. 25
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Ibrahim dan
anak nya Ismail dan anak nya Ishak dan anak nya nabi Yaqub dan anak nya nabi
Luth maka hamba memberi salam kepada sidang nabi sekelian nya itu. Maka kata
sidang nabi itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba terlebih
daripada sidang nabi sekelian nya dan berbahgia lah kami sekelian bertemu dengan
tuan hamba, maka sidang nabi sekelian nya mengucap tasbih demikian bunyi nya:
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat banyak
sekalian nya menunduk kan kepalanya duduk dengan takut nya seorang tiada
memandang kepada seorang, banyak nya hanya lah Allah taala juga yang tahu akan
banyak nya, Maka sekelian malaikat itu mengucap tasbih demikian bunyi nya:
Maka hamba bertanya kepada Jobrail dan Mikail, hai tulanku
apa kerja nya segala malaikat ini, maka kata Jibrail ya Muhammad tiada lain
kerjanya malaikat itu tunduk takafur juga kerja nya.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di
atas Kursi, rupa nya terlalu hebat lagi besar panjang, maka hamba takut melihat
dia, maka kata Jibrail dan Mikail ya Muhammad jangan tuan hamba takut kerana
Allah taala hendak menunjukkan kekayaan nya kepada tuan hamba. Adapun jika di
titahkan Aallh taala malaikat itu turun ke bumi nescaya habislah segala isi
bumi ini di makan nya demikianlah besarnya malaikat itu dan kaki nya malaikat
itu sampai kepada tujuh petala bumi dan kepala nya sampai kepada tujuh petala
langit. lalu kebawah Aras Allah taala dan tangan nya dari Masrik sampai ke
Magrib kerja nya menyiksa segala orang yang durhaka di palunya dengan cemeti
api maka hancurlah segala daging mereka dan luruhlah segala tulang nya. Maka
berseru seru lah segala mereka. Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail,
hai tulan ku apakah dosa orang yang demikian ini maka kata Jibrail ya Muhammad
itu lah orang yang tiada menyunguhkan firman Allah taala. Maka hamba dengar
tasbih malaikat itu demikian bunyi nya:
Maka hamba lalu dari
sana bertemu dengan suatu laut air nya amat hitam di dalam nya api bernyala
nyala dan ombak nya bergemuruh bunyi nya amat azmat seperti halilintar. Maka
hamba pun terkejut lalu pingsan maka segera di sambuti oleh Jibrail dan Mikail
maka kata Jibrail dan Mikail jangan tuan hamba takut dan gentar kerana Allah
taala menunjukkan kekayaan nya kepada tuan hamba,
Adapun laut ini di dalam perintah hamba maka hamba bertanya
kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku laut apa kah ini maka kata Jibrail ya
Muhammad ini lah yang bernama laut Kilat nama nya.
Maka hamba lalu dari sana datang kepada pintu langit yang
ke enam lapis. Langit ini daripada mutiara yang putih bercahaya cahaya dan tebal nya lima ratus
tahun perjalanan jauh nya. Maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya
Hai Malaikat bukai kami pintu langit ini, maka kata malaikat siapa kamu itu,
maka sahut Jibrail dan Mikail, hamba Jibrail maka segera di buka nya pintu itu.
Maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk, maka kata
malaikat itu siapa serta tuan hamba itu terlalu sekali elok rupanya. Maka kata Jibrail
tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullah yang
kekasih Allah Azzajawala yang tersurat nama nya pada pintu langit ini. Maka
malaikat itupun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum ya Rasullullah.
Maka hamba pun menjawab salam malaikat itu maka kata nya terlalu sekali kurnia
Allah taala akan tuan hamba terlebih dari sidang nabi sekelian nya daripada
masa Nabi Adam Alaihissalam datang sekarang ini hanyalah tuan hamba juga. Maka
malaikat itu pun mendakap hamba serta mencium hamba. Maka ia pun mengucap
tasbih demikian bunyi nya
Tasbih no. 29
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat isi
langit yang ke enam itu terlebih pula dari pada yang ke lima lapis itu pala,
semua nya berdiri mengucap tasbih demikian bunyi nya
Tasbih no 30
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat
terlalu hebat rupanya dan keluar api dari pada mulutnya berhamburan. Maka hamba
pun takut melihat dia maka kata Jibrail ya Muhammad jangan tuan hamba takut
marilah kita hampiri kepada nya melihat kekayaan Tuhan seru sekelian alam.
Maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan
ku siapa nama malaikat ini. Maka kata Jibrail ya Muhammad ini lah yang bernama
Kunzunnar erti nya perbendaharaan neraka, malaikat itu tertawa tawa melihat
hamba maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku harus kah hamba memberi salam pada nya, maka kata
Jibrail dan Mikail ya Muhammad harus tuan hamba memberi salam pada nya. Maka
hamba pun memberi salam maka segera di sahuti salam hamba tetapi tiada dia
datang pada hamba, maka kata Jibrail Hai Kunzunnar tiadakah engkau kenal Nabi
Muhammad kekasih Allah Azzajawala yang tersurat namanya pada pintu langit ini.
Demi ia mendengar kata Jibrail demikian itu segera lah ia bangkit menjabat
tangan hamba serta kata malaikat itu ya Muhammad terlalu sekali kurnia Allah
taala akan tuan hamba seorang pun nabi yang lain tiada beroleh kurnia Allah
taala seperti martabat tuan hamba ini.
Maka malaikat itu pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Tasbih no 31
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Nuh dan Nabi
Idris. Maka hamba pun memberi salam kepada sidang nabi kedua itu maka segera di
sahuti salam hamba serta memeluk mencium hamba. Maka kata sidang nabi kedua nya
itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba tiada pernah nabi yang
lain beroleh kurnia Allah taala seperti mertabat tuan hamba daripada masa Nabi
Adam alaihissalam datang sekarang ini hanyalah tuan hamba juga. Maka sidang
nabi keduanya pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Tasbih no 32
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat
duduk di atas kursi suatu timbangan terhantar di hadapan nya dan panjang nya
timbangan itu daripada Masrik datang ke Magrib dan lebar nya daun timbangan itu
seperti bumi dengan langit.
Maka hamba lihat segala nyawa manusia berhimpun di hadapan
malaikat itu.Maka hamba memberi salam kepada malaikat itu maka segera di sahuti
salam hamba. Maka katanya terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba
terlebih daripada sekelian nabi daripada masa nabi Adam alaihissalam datang
sekarang ini seorang pun segala nabi tiada sebagai tuan hamba.
Adapun kerja nya malaikat itu menimbang sukatan segala
perbuatan manusia baik dan jahat. Jikalau berat suratan Jahat masuk neraka dan
jikalau berat suratan Baik masuk syurga. Maka malaikat itu pun mengucap tasbih
demikian bunyi nya.
Tasbih no 33
Maka hamba lalu dari sana datang kepada langit yang ke
tujuh lapis itu daripada Mahnikam yang amat bercahaya cahaya tebal nya lima
ratus tahun perjalanan jauh nya. Maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata
nya hai malaikat bukai kami pintu langit ini. Maka kata malaikat itu siapa kamu
maka sahut Jibrail, hamba Jibrail. Maka segera di buka nya pintu itu maka hamba
dan Jibrail dan Mikail pun masuk maka kata malaikat itu siapa serta tuan hamba
itu terlalu sekali elok rupa nya maka kata Jibrail tidak kah engkau kenal
inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullah yang kekasih Allah Azzajawala
yang tersurat nama nya kepada pintu langit ini.
Maka malaikat itu pun heran serta ia memberi salam”
Assalammualaikum Ya Rasullullah” maka hamba pun menjawab salam malaikat itu
maka kata nya terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba daripada masa
nabi Adam Alaihissalam datang sekarang ini hanyalah tuan hamba juga. Maka
malaikat itu pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat terlebih
banyak daripada yang dahulu itu, lain lain pula rupa nya dan laku nya.
Maka hamba pun heran melihat dia dan takut gementar melihat
dia maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku Jibrail
malaikat apakah ini yang demikian maka kata Jibrail ya Muhammad jangan tuan
hamba takut dan gentar kerana Allah taala hendak menunjukkan kekayaan nya
kepada tuan hamba. Maka segala malaikat itu pun mengucap tasbih demikian bunyi
nya
Maka hamba pun lalu dari sana bertemu dengan malaikat
seribu banyak kepala nya. Pada suatu kepala seribu muka nya dan suatu mukanya
seribu mulutnya dan pada suatu mulut seribu lidah nya dan pada suatu lidah seribu puji pujian akan Allah taala masing
masing dengan pujinya demikian bunyi nya:
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat
terlalu besar panjang tujuh puluh ribu banyak muka nya dan pada suatu muka nya
tujuh puluh ribu banyak puji pujian akan Allah taalamasing masing dengan puji
nya dan banyak sayap nya tujuh puluh ribu juga maka sehari hari ia pergi mandi
kelaut air nya putih.
Setelah sudah ia mandi maka di gerakkan nya sayap nya kedua
itu, maka titiklah air daripada sayapnya itu maka jadilah malaikat beberapa
puluh ribudemikian lah kekayaan Allah taala di tunjukkan nya kepada hamba nya
maka malaikat itu pun mengucap tasbih demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di
atas kursi. Empat muka nya pada suatu muka nya seperti singa dan pada suatu
muka nya seperti kuda dan pada suatu muka nya seperti lembu. Keempat muka nya
seperti manusia. Keempat muka nya itu mengucap tasbih, demikian muka seperti
manusia bunyi nya:
Maka muka yang seperti muka singa itu mengucap tasbih
demikian bunyi nya
Maka muka yang seperti muka kuda itu mengucap tasbih
demikian bunyi nya
Maka muka nya yang seperti muka lembu itu mengucap tasbih
demikian bunyi nya
bersambung ...
No comments:
Post a Comment