Hikayat Nabi Muhammad Israk dan Mikraj - Halaman 3

Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat isi
ketujuh lapis langit itu terlalu banyak malaikat itu terlebih pula daripada
yang ke enam nya itu, masing2 dengan laku nya berbuat ibadat kepada Allah taala
ada yang berdiri anda yang rukuk ada yang sujud dan ada yang duduk mengucap
tasbih
Tasbih 42
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan seorang malaikat
duduk di atas kursi terlalu panjang. Jika ia berdiri sebelah kaki nya di Masrik
dan sebelah kaki nya di magrib dan tujuh puluh ribu banyak nya penghulu
malaikat itu. Tujuh puluh ribu sekelian nya mengucap tasbih demikian bunyi nya
Tasbih 43
Maka hamba bertanya kepada Jibrail, Siapa nama nya malaikat
ini maka kata Jibrail, Ya Muhammad inilah yang bernama Israfil. Maka hamba pun
memberi salam kepada Israfil maka segera di sahuti salam hamba serta kata nya
terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba terlebih daripada segala nabi
yang lain.
Maka kata Jibrail dan Mikail hi tulan ku Israfil tunjukkan
serunai tuan hamba yang bernama sangka kala itu. Maka Israfil pun tunjukkan
sangka kala itu. Maka kata hamba Hai Israfil tiuplah oleh tuan hamba serunai
ini maka hamba hendak mendengar bunyi nya. Maka kata Israfil Ya Muhammad, Jika
di tiup serunai ini nescaya terkejutlah segala manusia di dalam kubur nya
melainkan pada hari kiamat juga baru hamba tiup. Maka ujar hamba tiup juga
perlahan lahan hamba hendak mendengar bunyi nya. Maka Israfil pun meniup Sangka
Kala itu perlahan2 maka hamba pun terkejut lalu pengsan, maka segera di sambut
oleh Jibrail dan Mikail, serta kata nya Ya Muhammad jangan tuan hamba takut dan
gentar. Bermula segala manusia di dalam kubur pun hendak berbangkit di sangka
nya hari kiamat dana pi neraka pun hendak berbangkit.
Syahdan, panjang nya sangka kala itu saujana mata memandang
jauh nya. Setelah itu maka hamba di serahkan kepada Israfil maka Jibrail pun
kembalilah ke tempat nya duduk. Maka hamba pun di bawa oleh Israfil maka
Jibrail pun tinggal pada tujuh lapis langit maka hamba pun juga memandang
kepada Jibrail maka kata Israfil Ya Muhammad mengapa tuan hamba sebagai memandang
kepada Jibrail, maka kata hamba kerana hamba telahbiasa bersama sama dengan
dia. Maka kata Israfil sekarang hamba lah jadi ganti Jibrail membawa tuan hamba
jangan takut.
Maka hamba pun di bawa oleh Israfil berjalan sampai kepada
suatu laut maha luas di dalam nya api bernyala2 maka hamba pun takut dan
gementar segala sendi hamba, lemah segala tulang hamba maka kata Israfil Ya
Muhammad jangan tuan hamba takut dan gemetar tiada mengapa. Maka hamba lalu
dari sana bertemu dengan suatu laut terlalu amat kelam maka hamba lalu daripada
kelam itu datang kepada terang maka hamba lihat malaikat banyak tiada siapa
yang tahu banyak nya.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu dinding
datang kepada suatu dinding jauh nya lima ratus tahun perjalanan. Maka di dalam
dinding itu amat bercahaya2 maka hamba pun heran melihat dia.
Maka kata Israfil Ya Muhammad inilah kekayaan Allah taala
menunjukkan kepada hamba nya berbagai2 warna nya. Maka hamba lalu dari sana
datang kepada pintu dinding itu maka Israfil pun berseru2 katanya, hai malaikat
bukai kami pintu maka kata malaikat yang menunggu pintu itu siapa kamu itu,
maka kata Israfil hamba Israfil maka malaikat itupun segera di bukanya pintu
itu. Maka hamba dan Israfil pun masuk maka kata malaikat itu siapa serta
tuan hamba itu terlalu sekali elok rupa nya. Maka kata Israfil inilah yang
bernama Nabi Muhammad kekasih Allah taala. Demi malaikat itu mendengar nama
nabi Muhammad itu maka segera di jabat nya tangan hamba maka tinggal lah hamba
serta malaikat itu.
Maka Israfil pun tinggal lah di luar pintu itu, maka hamba
pun memberi salam kepada malaikat itu maka segera di sahuti salam hamba, maka
kata nya Ya Muhammad terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba seorang
pun tiada pernah segala nabi yang lain beroleh kurnia Allah taala seperti tuan
hamba ini daripada masa nabi Adam alaihissalam datang sekarang ini hanyalah
tuan hamba juga. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan beberapa dinding yang
berbagai2 dan ajaib.
Pertama dinding itu daripada bessi Hursaini dan je dua
dinding itu daripada tembaga dan ketiga
dinding itu daripada Perak dank e empat dinding itu daripada Emas dank e lima
dinding itu daripada mutia dan kekenam dinding itu daripada Zamrud yang hijau
dank e tujuh dinding itu daripada Manikam yang merah. Sekelian dinding itu di
tunggui oleh malaikat daripada selapis dinding datang kepada selapis dinding
itu tujuh puluh ribu malaikat menunggu dia. Pada se orang malaikat itu tujuh
puluh ribu banyak nya berbagai rupa nya daripada beberapa puluh bagi sebagai pun
tiada hamba katakana Ya Abbas, Kerana Allah taala kuasa berbagai2 kekayaan nya.
Setelah itu maka tiba2 datang sebuah mahligai daripada
manikam yang amat merah. Maka kata malaikat itu Ya Muhammad naiklah tuan hamba
ke atas mahligai itu baahwa firman Allah taala menyuruh tuan hamba datang ke
hadarat Allah taala ke bawah Aras Allah, maka hamba melihat Allah Azzawajala
maka hati hamba pun jadi terang lah seperti firman Allah taala
Tasbih 44
Demi hamba melihat Tajalli Allah taala, maka hamba pun
rebah pengsan, tiada habarkan akan diri hamba. Maka segera di pegangkan oleh
malaikat Muqarrabin. Maka firman Allah taala, Hai kekasihku, Hi Rasul ku maka
hamba pun segera menyahut firman Allah taala
Tasbih 45
Maka hamba pun menanggalkan cerpu itu, maka sembah hamba Ya
Rabbi Ya Saidi Ya Maulai Ya Tuhan ku tertekala Nabi Musa munajat di bukit
Tursina di tanggalkan nya cerpu nya. Maka firman Allah taala Ya Muhammad adapun
Musa itu kalam lu dan engkau itu kekasih ku Maka firman Allah taala Ya Muhammad
lihat oeh mu ke atas maka hamba lihat nama Allah taala dan nama hamba ada
tersurat ia itu demikian bunyi nya
Tasbih 46
Maka firman Allah taala Hi Muhammad naiklah engkau ke atas
Arasy ku maka hamba pun naik ke atas Arasy Allah taala maka firman Allah taala
Hi Muhammad apa sembah mu datang ke pada ku, maka sembah hamba mu kepada mu Ya
Tuhan ku
Tasbih 47
Ertinya Allah taala juga yang memberi Rahmat dan kebajikan
kepada hamba nya dan ia jua yang di
sembah segala hamba nya. Maka firman Allah taala menyahut sembah hamba
Tasbih 48
Ertinya salam ku dan Rahmat ku dan anugerahku kepada mu dan
aku lebihkan engkau daripada sekelian Nabi Maka menyahut malaikat Mukarabin
Tasbih 49
Erti nya salam atas kamu dan segala yang berbuat amal soleh
maka hamba hamba mengucap syahadat
Tasbih 50
Ertinya saksi ku tiada tuhan hanyalah Allah taala. Maka
firman Allah taala demikian bunyi nya
Tasbih 51
No comments:
Post a Comment